Tempahan

Lot Size (14'x18') - Seaview

SOJOURN ESCAPE CAMPSITE Max 4 Pax / Unit

Penerangan:

No. Lot : A19,A20
☺️Extra Person + RM 5.00/pax
☺️All lot include plugpoint

PERATURAN DAN SYARAT SOJOURN ESCAPE by Ayuha Village
SILA BACA & FAHAM
1. Jika tempahan dibatalkan, bayaran TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi tempahan boleh ditunda ke tarikh lain.
2. Check In jam 2.00 pm dan Check Out pada jam 1.00 pm.
3. DILARANG membuat unggun api (Campfire) di permukaan tanah / rumput atau BBQ kecuali di tempat yang disediakan atau menggunakan (portable fire pit).
4. DILARANG membuang sampah merata-rata. Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
5. Sebarang kekotoran dan kerosakan pada harta benda camp site/glamping/dan lain-lain akan dikenakan ganti rugi.
6. Tidak dibenarkan meninggalkan alat elektronik persendirian dalam ‘mod’ pengecasan di mana-mana tanpa pengawasan.
7. DILARANG mengadakan atau menganjurkan PESTA/KARAOKE bagi menjaga & menghormati privasi camper yang lain. Sekiranya camper mahu mengadakan pesta, camper disarankan untuk menempah keseluruhan kawasan tapak perkhemahan tersebut.
8. Bagi tapak parking kereta hanya DIBENARKAN 1 KERETA SAHAJA bagi satu khemah. Caj Rm5 bagi tambahan kereta dan Rm3 bagi tambahan motor (per/hari). Kenderaan perlu diletakkan di tempat parking yang disediakan.
9. Sila awasi anak-anak anda yang bermain di tepi pantai dan hutan, DILARANG merosakkan pokok-pokok dan peralatan yang ada di sekitar Sojourn Escape.
10. Plug point adalah termasuk dalam harga sewaan tapak dan penggunaanya hanya terhad kepada beberapa alat elektrik YANG DIBENARKAN sahaja seperti kipas, lampu & telefon. Penggunaan alatan seperti periuk nasi elektrik, periuk Noxxa, kipas aircond, peti sejuk camping, speaker karaoke, cerek elektrik dan peralatan elektrik yang berkuasa besar TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
11. Keselamatan camper adalah tanggungjawab sendiri . Pihak pengurusan Sojourn Escape tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakkan harta benda, kecederaan / kematian sebelum, semasa atau selepas melakukan aktiviti bercamping di tempat kami.

⛔❌⛔ PERINGATAN⛔❌⛔
!! Pasangan belum berkahwin dan bukan muhrim tidak dibenarkan menyewa/tidur dalam khemah yang sama.
!! Haiwan peliharan tidak dibenarkan.
!! Minuman beralkohol tidak dibenarkan.
!! Sebarang aktiviti menyalahi undang² atau hukum agama adalah dilarang keras sama sekali

SETELAH MENDAFTAR, Camper Perlu

1. Key Tag akan diberi mengikut jumlah LOT TAPAK. SATU (1) key Tag untuk SATU (1) LOT TAPAK.
2. JANGAN BASAHKAN /JANGAN BAWA KEY TAG MANDI LAUT. Key tag TIDAK KALIS AIR (WATERPROF).
3. Key Tag perlu DIPULANGKAN di kaunter “reception” atau ke dalam box MERAH di dalam pagar toilet. (Sila whatsup pihak pengurusan selepas key tag dipulangkan).
4. Pastikan sampah BESAR / BANYAK diletakkan ke dalam tong sampah (RORO) yang disediakan sebelum check out & tapak khemah dibersihkan.
5. Pastikan pagar camp site SENTIASA ditutup semula SAMA ADA keluar atau masuk (ketika camping) & SELEPAS check out. JANGAN tinggalkan pagar dalam keadaan TERBUKA.

RM 55.00 / Malam

Sila pilih tarikh dahulu.
(Kapasiti standard: 4 orang)
Jumlah: RM 0.00